eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Korang “Gaduh2 dulu, aku tiktok jap…”- Aeril Zafrel

Sejak beberapa hari pelakon berusia 31 tahun ini bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan usahawan terkenal namun netizen juga menganggap dia seperti seorang pelawak.

Malah, selain pelawak netizen turut terhibur dengan Aeril Zafrel yang dikatakan pengguna ‘tegar’ aplikasi yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu TikTok.



Apatah lagi, sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dia sangat aktif menghasilkan video lawak yang dikongsikan menerusi laman sosial peribadinya dimana ia berhasil menghiburkan kebanyakan peminatnya.

Video terbaru Aeril Zafrel dengan menulis kapsyen, “Korang gaduh2 dulu, aku tiktok jap…” yang dikongsikannya semalam turut mencuri tumpuan ramai.





A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Video TikTok dari Aeril Zafrel kali ini hanya menunjukkan wajah tersenyumnya sehingga mengundang gelak ramai diruangan komen.

Dalam pada masa yang sama, Aeril Zafrel juga dilihat meninggalkan responnya lalu dibalas peminat dan pengikut. Posting Aeril Zafrel seperti biasa meraih ribuan tanda suka dan ternyata video pendek dikongsikan itu telahpun mendapat lebih 600,000 tontonan.