eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Long Tiger’ fitnah polis masuk lokap Dekat FB bukan main berani

Heboh diperkatakan mengenai seorang lelaki warga Rohingya yang menggelar diri sebagai Long Tiger, baru-baru ini dimaklumkan telah ditahan pihak polis.

Tangkapan itu dibuat berikutan, dakwaan bahawa suspek telah membuat satu kenyataan berbaur memfitnah terhadap seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Pemegang kad UNHCR

Menerusi laporan Harian Metro, siasatan mendapat lelaki warga Rohingya itu adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ia sekaligus menolak dakwaan yang tular sebelum ini mengatakan bahawa suspek dilahirkan di Mentakab, Pahang.


Dengan penangkapan itu, Ayob Khan menegaskan bahawa tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara.

Sebagai rekod, Long Tiger mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan.

Sumber : Harian Metro