Terbaru, seorang kanak-kanak bernama Areeq Aysar Bin Azizul Akhbar telah mengirimkan satu lukisan hasil air tangannya berkenaan golongan ‘frontliner’ negara untuk menyatakan penghargaannya kepada wira negara atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan ke atas negara pada ketika ini.
Adik Areeq Aysa, yang juga merupakan pelajar tahun 4 di SK Taman Melawati 2 telah mengirimkan lukisannya yang bertajuk “You Are Our Heroes” serta lukisan adiknya yang betajuk “Lets Fight Covid”.
Lukisan tersebut kemudiannya telah dimuat naik oleh satu ciapan menerusi akaun rasmi KKM untuk menghargai usaha yang ditunjukkan oleh adik ini.
Sememangnya golongan ‘frontliner’ ini wajar diberikan penghargaan yang setimpal atas jasa mereka yang telah ditabur bagi memastikan negara dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Syabas dan terima kasih buat semua warga ‘frontliner’ yang sanggup berkorban demi negara. Marilah kita terus berdoa agar wabak ini dapat berakhir dengan secepat yang mungkin.

Sumber: KKMTerima kasih kepada adik Areeq Aysar Bin Azizul Akhbar, pelajar
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 20, 2020
Tahun 4, SK Taman Melawati 2 yang telah mengirimkan lukisan beliau bertajuk "You Are Our Heroes" dan lukisan adiknya "Lets Fight Covid".#COVIDー19 #Frontliners #KitaTeguhKitaMenang #KitaJagaKita pic.twitter.com/r5ttXDZ126