Main Golf Ketika PKP, Tiga Lelaki Termasuk Pengurus Kelab Ditahan - Keli Merah -->
IPOH, 16 April — Tindakan tiga lelaki yang leka bermain golf membawa padah, apabila mereka ditahan di sebuah kelab sukan berkenaan, di Batu Gajah dekat sini, pagi tadi.

Pengurus kelab golf berusia 67 tahun itu yang dipercayai bermain golf bersama seorang pengurus pengangkutan, 58, dan seorang guru tuisyen, 36, ditahan sepasukan anggota polis, semasa menjalankan rondaan penguatkuasaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu, kira-kira 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya turut merampas peralatan serta barangan berupa set beg golf milik ketiga-tiga lelaki terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, kerana dipercayai dengan cuai mungkin merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang merbahaya kepada nyawa, dan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka akan dituduh di mahkamah di Batu Gajah, esok.

Sumber: BERNAMA

Main Golf Ketika PKP, Tiga Lelaki Termasuk Pengurus Kelab Ditahan

Load Comments

Notifications

Disqus Logo