eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Mat Saleh’ Fasih Berbahasa Melayu Siap Nyanyi Lagu Negaraku!



Satu video yang memaparkan seorang lelaki rakyat Amerika yang menitipkan kata-kata semangat kepada semua orang di Malaysia di saat dunia sedang mengalami masalah luarbiasa. Dalam video itu individu ini turut memuji negara ini cukup aman dan sentosa.

Kedengaran juga lelaki ini merakamkan video tersebut dari Washington. Selain itu dia juga menganggap dirinya sebagai anak angkat negara Malaysia.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Yasir Mansor dan telah meraih lebih 100 ribu tontonan.

Berikut adalah video mat saleh fasih berbahasa Melayu yang telah meraih perhatian ramai itu:




Memang cukup lancar dan sopan bunyinya. Perkongsian individu ini telah meraih hampir 4 ribu retweets dan 5,600 likes. Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai rakyat Amerika ini namun beliau telah menerima pujian dari warganet menerusi video tersebut.

Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen video tular mat saleh fasih berbahasa Melayu ini:

“Dari segi ucapan dan nyanyian, dia seperti jatuh cinta dengan Malaysia Negaraku”




SUMBER:  Yasir Mansor