eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Model SIR Ramalkan Covid-19 di Malaysia Bakal Beransur Pulih Awal Mei

Dalam ketika seluruh warga Malaysia sedang mematuhi arahan duduk di rumah seperti yang dikeluarkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, semua orang pasti sentiasa tertanya tanya bilakah Malaysia akan bebas sepenuhnya dari Covid-19.

Sementara tempoh PKP telah dilanjutkan ke 12 Mei, sebuah kajian menunjukkan Malaysia mungkin dapat melihat pengakhiran kepada pandemik ini lebih awal dari yang disangka.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Singapore University Technology and Design (SUTD), melalui data yang diperolehi mereka menjangkakan bahawa pandemik itu akan berakhir seawal 6 Mei.

Malaysia setakat 25 April 2020

Kajian yang bergantung kepada model ramalan susceptible-infected-recovered (SIR) mengambil kira beberapa faktor iaitu tingkah laku penyesuaian dan penentangan oleh individu seperti mengelakkan hubungan fizikal dan pemerintah dengan menguatkuasakan kuarantin, serta batasan semula jadi ekosistem.

Singapura setakat 25 April 2020

Sepanjang kajian mereka, SUTD telah melakukan pemodelan ramalan dengan lebih dari 28 negara yang berbeza, termasuk Malaysia.

Model SIR kemudian diplotkan menggunakan kalkulator grafik yang mendedahkan kemungkinan bahawa pada 6 Mei 2020, Malaysia akan mengesan sehingga 97% daripada jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 yang dijangkakan, menandakan bermulanya pengakhiran pandemik itu di Malaysia.

Model ini juga meramalkan bahawa 97% kes Covid-19 secara global akan berakhir sekitar 29 Mei, dan virus itu akan disingkirkan sepenuhnya pada 8 Disember.

Dunia setakat 25 April 2020


                                                                                                                                                                                                                                               







Model ramalan SIR juga pernah digunakan untuk meramalkan wabak-wabak lain dalam sejarah, seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan wabak HIV AIDS. Walau bagaimanapun kajian ini masih dianggap sebagai ramalan dan bukan satu kepastian.

Sumber: Astro Awani