eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Netizen Mempunyai Masalah Untuk Memahami Gambar Anjing Ini

Gambar seekor anjing tular di Reddit, membuat netizen keliru dan panik melihat rupa haiwan itu.

Gambar anjing tersebut diambil dari sudut yang membuatkan kepalanya tersembunyi dari pandangan, menyebabkan ramai yang percaya haiwan tersebut tidak berkepala.

Malah ada yang cuba membuat gambar itu lebih masuk akal dengan meletakkan ‘muka’ pada badan anjing berkenaan.



Tetapi sebenarnya gambar tersebut menunjukkan seekor anjing berkaki 3 yang sedang menoleh ke belakang untuk menjilat badannya.

Sorang pengguna Reddit cuba menggambarkan situasi itu dari sudut yang lain agar orang ramai dapat ‘melihat’ bahawa anjing itu bukan tidak berkepala.

Malah pemilik haiwan tersebut turut memuat naik gambar lain yang membuktikan bahawa anjingnya itu mempunyai kepala.

Ini bukanlah kali pertama gambar haiwan membuat warga internet tertanya-tanya apa yang mereka sedang saksikan.