eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Operasi Mesin ATM Akan Dihadkan Dari 8 Pagi Hingga 8 Malam



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesin ATM akan dihadkan operasinya dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

“PDRM melaporkan, ramai yang memberikan alasan untuk keluarkan wang kerana ATM beroperasi 24 jam, jadi ramai yang keluar melebihi waktu yang ditetapkan hingga ke tengah malam.

“Hari ini mesyuarat membuat keputusan, operasi mesin ATM adalah dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

“Tidak ada lagi alasan untuk keluar pada tengah malam pergi keluarkan wang di mesin ATM,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.



Sumber:RTM