eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Panglima Perang' Yang Setia Di Kiri & Kanan DR Noor Hisham

Sesebuah organisasi hanya akan berjaya dengan pemimpin dan pengikut yang mempunyai kerjasama erat dalam mencapai matlamat. Tanpa kerjasama, semua usaha akan menjadi sia-sia dan tinggal angan-angan.

Begitulah juga dengan peperangan negara kita menentang COVID-19. Ia memerlukan kerjasama seluruh warga negara yang menjadi ‘tentera’ menentang virus, dipimpin kementerian-kementerian yang bertugas di barisan hadapan.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi penghargaan buat orang kanannya digelar panglima-panglima beliau.

Sememangnya nama-nama ini seringkali diperkenalkan setiap kali siaran langsung sidang media, namun kali ini beliau melakar nama mereka di laman Facebook miliknya bagi berkongsi penghargaan yang sering ditujukan rakyat jelata kepadanya.

Di dalam perang menentang penularan wabak COVID-19, saya sentiasa dibantu oleh ‘panglima-panglima’ yang sering berada di kiri dan kanan ketika sidang media berlangsung.

Antaranya Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli.


Semalam, ketika temubual bersama Bernama semasa sambutan hari jadi beliau selepas sidang media, beliau sempat berpesan agar rakyat Malaysia terus kekal di rumah dan mematuhi PKP sebagai hadiah hari lahirnya untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Dengan mematuhi jarak sosial, pengamal media dan petugas KKM turut menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dan membawa kek buat beliau ketika kejutan itu berlangsung.

Terima kasih kepada semua pimpinan Kementerian Kesihatan yang bekerja keras membanteras COVID-19 sejak awal penularan. Tak lupa juga kepada semua warga KKM yang bermandi peluh bekerja di lapangan demi menjayakan misi yang berat ini.

Semoga semua petugas barisan hadapan termasuk bahagian kesihatan, keselamatan, kebersihan dan perkhidmatan penting yang lain sentiasa dilindungi.

Buat rakyat, stay safe, stay at home.