eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pasta Dalam Tin Berusia 25 Tahun, Lihat Apa Di Dalamnya

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jangka ketahanan makanan bertin, dan jika disimpan pada suhu sederhana, ia boleh bertahan selama yang mungkin.

Namun itu tidak bermakna kita boleh memakan makanan yang ditemui dalam kapal titanik. Seorang lelaki menunjukkan sebabnya apabila dia membuka tin pasta Spider Man yang berusia 25 tahun.



Matt telah memiliki pasta dalam tin itu sejak tahun 1995 dan membuat keputusan untuk membuka tin berkenaan dan melihat kandungannya.

Menghasilkan satu rantaian tweet untukk mendokumentasikan proses membuka tin tersebut, dia mengakui berasa tidak selesa dengan keadaan tin itu yang berkarat, namun dia tetap memberanikan diri memandangkan tiada bau busuk yang keluar dari makan berusia lebih sedekad itu.




Dia walau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kandungan tin itu telah berubah menjadi sesuatu makhluk yang bernyawa.

Apabila tin tersebut dibuka sepenuhnya, pasta tersebut didapati telah bertukar menjadi keras seperti batu.