eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Peluang Kedua’ Nabila Razali Raih Hampir 700 Ribu Tontonan Dalam 2 Hari!

 Baru dua hari ditayangkan di YouTube, muzik video Peluang Kedua dari Nabila Razali ini raih hampir 500 ribu tontonan!

Sesuatu pencapaian yang cukup luarbiasa! Mendengarkan lagu berentak balada ini, ia cukup membuai rasa. Liriknya pula memang sesuai buat yang baru putus cinta. Memang sendu habis!


Lagu Peluang Kedua ini adalah hasil ciptaan Hael Husaini serta diterbitkan oleh MFMF dan Hael Husaini. Sementara itu Nabila Razali sempat mempromosikan lagu terbaru darinya ini menerusi laman Instagram miliknya. Berkongsikan sedikit dari sedutan nyanyiannya, berikut adalah video pendek yang dikongsikan oleh penyanyi ini:


Lagu ini cukup menyentuh hati. Jika ada yang baru putus cinta mungkin boleh rasakan ‘kepedihan’ yang disampaikan oleh Nabila Razali menerusi lagu ini.

Sumber:Nabila Razali