eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Peninju MMA Peluk Islam “Ya Saya Kini Muslim,”

Peninju Profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan bahawa telah memeluk Islam pada 16 April lalu.

Ott turut berkongsi khabar gembira itu melalui Instagram miliknya.

“Dengan bangga saya boleh bagitahu, ya saya kini seorang Muslim.

Ott dalam pada itu mengakui wabak Covid-19 ini memberikannya kekuatan untuk memeluk Islam.

“Saya biarkan diri saya dipengaruhi politik. Tapi, ketika saya berhadapan waktu-waktu sukar, agama Islam yang memberikan kekuatan.

“Kini iman saya betul-betul kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.”

Wilhelm merupakan seorang peninju MMA dari Jerman yang menduduki ranking ke-74 daripada 615 peninju EU Wester Pro Welterweights yang masih aktif.




Sumber: Wilhelm Ott, Morocco World News