eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pereka Fesyen Dikecam Rekaan Menggunakan Tulang Manusia

Seorang pereka fesyen dari Indonesia mendakwa dia membuat beg tangan dari lidah buaya dan tulang belakang kanak-kanak.

Arnold Putra pada mulanya berkongsikan gambar beg itu untuk dijual di Instagram pada tahun 2016. Foto beg tersebut baru-baru ini tersebar semula di Twitter selepas seorang pengguna twitter berkongsi tweet yang kini telah dipadam.

Menurut kapsyen pada pos asal, beg itu dibuat daripada lidah buaya, dan pemegangnya dibuat dari tulang belakang kanak-kanak yang mengalami osteoporosis.

Putra berkata kepada sumber bahawa tulang berkenaan diperolehinya secara perubatan dari Kanada dengan surat kebenaran. Menurut Global News, aktiviti jual beli tulang manusia adalah sah di Kanada.

Setelah gambar beg tersebut tersebar semula, akaun Instagram pereka fesyen tersebut dibanjiri dengan komen-komen negatif.



Ekoran itu Putra akhirnya menutup ruangan komen di semua postingnya sebelum menetapkan akaunnya kepada ‘private’.

Dua doktor berbeza mengesahkan bahawa tulang belakang yang digunakan untuk membuat beg itu adalah asli tetapi tidak dapat menentukan sama ada ia benar-benar milik kanak-kanak.

Tambahan lagi, beg tersebut bukan satu-satunya rekaan Putra yang menimbulkan kontroversi. Dalam posting lain, dia mendakwa memakai jaket yang dibuat daripada kulit manusia, bulu beruang kutub, dan tulang rusuk manusia.

Walaupun menerima pelbagai kecaman dari netizen, pereka fesyen Indonesia itu memberitahu sumber bahawa dia tidak akan mengubah proses kreatifnya.

Sumber: Daily Dot