eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pikotaro Kembali Lagi! Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ Digubah Pray for People and Peace

Pikotaro atau nama sebenarnya Kazuhito Kosaka adalah seorang penyanyi dan pelawak Jepun yang mengeluarkan lagu PPAP sehinggakan ia menjadi ikutan ramai. Biarpun lagu asal PPAP hanya dengan rentak dan lirik yang cukup ringkas ia tetap menjadi kesukaan ramai di sekitar tahun 2016.

Bagaimanapun seiring dengan keadaan semasa, Pikotaro telah mengubah lirik lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ ini dengan sesuatu yang berkenaan basuh tangan. Seperti umum sedia tahu dunia kini dilanda wabak pandemik Covid-19.  Bagi mengelakkan penularan terus berlaku, kaedah membasuh tangan disarankan kepada orang ramai.

Judul lagu dari Pikotaro ini masih PPAP namun ia membawa maksud Pray for People and Peace. Di Youtube penyanyi ini berkongsikan lagu gubahan itu dengan tajuk PPAP 2020.

Berikut adalah video lagu PPAP 2020 tersebut:




Menariknya video penyanyi ini menggunakan baju yang sama yang dipakainya ketika muzik video Pen Pineapple Apple Pen dulu. Video yang baru dimuatnaik beberapa hari lalu itu telah meraih lebih 3 juta tontonan.

Sumber: PIKOTARO