eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Polis Beli ‘Pampers’ Untuk Bayi Warga Rusia Yang Kehabisan Duit

Peranan petugas barisan hadapan pada ketika ini sememangnya sangat penting dalam membendung penularan virus Covid-19.

Tanpa memikirkan penat lelah, mereka sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dan membantu orang ramai.

Menerusi laman Facebook JSPT KL, dua orang anggota polis telah membantu seorang warganegara Rusia yang telah melahirkan anak di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Inspektor Sinniah dan Koperal Dayang pada ketika itu sedang menjalankan Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Jalan Ampang.

Menurut JSPT KL, pasangan suami isteri dari Rusia itu tidak mampu lagi membayar bil hotel dan tidak mempunyai duit.

Atas dasar sikap kemanusiaan, Insp Sinniah telah membantu pasangan tersebut dengan membeli pampers dan telah bawa wanita tersebut ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.



Sumber: JSPT KL