eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Presiden Rohingya dihentam netizen “Cakap pun tak betul, minta hak sama rata.”

Presiden kepada  Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani teruk dihentam di media sosial berikutan tersebarnya surat yang meminta beberapa kelonggaran buat pelarian Rohinya kepada kerajaan Malaysia.

Pening Dia Cakap Apa

Disebabkan berang dengan pemohonan puak tersebut, rakyat Malaysia terus mengecam presiden organisasi itu terutamanya berhubung video dimuat naik  Zafar yang bercakap menggunakan bahasa Melayu yang pekat dengan pelat Rohingya.






Cakap terima kasih kepada Malaysia

Walaubagaimana pun video tersebut merupakan video yang dibuat untuk memaklumkan bahawa ramai puak Rohingya tidak mendapat bantuan ekoran organisasi mereka sendiri tidak mampu untuk memberikan kepada ratusan ribu pelarian mereka di Malaysia.

Dalam pada itu, Zafar turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia di atas bantuan yang dihulurkan serta menggesa semua pelarian Rohingya mematuhi PKP.

Ada yang mula troll

Namun, video yang dibuat Zafar telah mengundang perspektif lain oleh rakyat Malaysia apabila mempertikaikan penguasaan bahasa Melayu presiden MEHROM itu yang kurang bagus tapi didakwa masih mahukan pelbagai kelonggaran di Malaysia sama seperti penduduk asal.

Cakap pun tak betul, minta hak sama rata

Berpunca daripada itu, pelbagai komen diterima daripada netizen yang menggerakkan ‘tentera bawang’ mereka dengan mengecam teruk video tersebut.

Mereka juga mempertikaikan keberanian pelarian Rohingya yang didakwa meminta bermacam kelonggaran di Malaysia ketika negara sedang berjuang melawan Covid-19.



Sumber : Zulhakimi Nordin