Remix ‘Ke Sana Ke Sini’ Rupanya Hasil Kreatif Najwa Mahiaddin - Keli Merah
Baru-baru ini lagu remix Ke Sana ke Sini menjadi tular di sosial media. Ayat Ke Sana Ke sini itu diambil dari salah satu perutusan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan kini.

Remix tersebut berjaya mencuri perhatian ramai sehinggakan ada yang menggunakannya untuk menari shuffle sehinggakan video itu turut tular. Lebih tidak sangka apabila Perdana Menteri sendiri turut maklum mengenai hal itu dan memasukkan mengenai hal tersebut di dalam salah satu teks ucapannya.

Tarian menggunakan remix Ke Sana Ke Sini juga turut menarik perhatian selebriti untuk mencubanya. Namun begitu mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah di sebalik yang menghasilkan remix dari ucapan Perdana Menteri ini.

Menerusi temubual bersama JoHaRa dari radio ERA, Najwa Mahiaddin mengakui ia adalah hasil kreativitinya. Malah dia juga tidak sangka remix ini akan menjadi tular.

Remix ‘Ke Sana Ke Sini’ Rupanya Hasil Kreatif Najwa Mahiaddin

Load Comments

Notifications

Disqus Logo