eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Robot Ganti Pelajar Universiti Di Tokyo Hadir Majlis Konvokesyen

Ekoran wabak coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia, banyak majlis yang diadakan secara terbuka terpaksa ditangguhkan. Ini termasuklah satu majlis konvokesyen di Jepun. 

Menyedari masalah ini, pihak universiti di Tokyo menggunakan robot telepresence Newme (juga dirujuk sebagai robot avatar ) untuk menggantikan tempat para graduan.

Tablet digital dipasang pada kepala robot, menunjukkan wajah pelajar yang menggunakan aplikasi Zoom menghadiri majlis itu secara visual.  Acara itu berlangsung di Hotel Grand Palace di Tokyo pada 28 Mac lalu.

Bagi menyesuaikan dengan tema, robot juga berpakaian topi hitam dan jubah untuk majlis konvokesyen tersebut. Salah seorang pelajar berkata dalam satu kenyataan, “Saya tidak pernah fikir saya akan mengendalikan avatar saya dan menghadiri majlis tamat pengajian seperti ini. Ia adalah pengalaman baru.”



Sumber: Cnet.com