eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rohingya Minta Hak Sama Rata? Makin Ramai Masuk Malaysia, Rakyat Mula Kurang Senang

Inilah terjadi “Bagi betis nak peha.” Mungkin itulah yang digambarkan oleh rata-rata Malaysia apabila ada pula isu, terdapat segelintir aktivis yang terdiri daripada masyarakat asal pelarian Rohingya sedang dalam proses memohon kerakyatan di negara ini.

Sejak semalam tular di Facebook mengenai presiden Rohingya di Malaysia, iaitu dikenali sebagai Zafar Ahmad Abdul Ghani menjadi sasaran netizen berikutan isu kerakyatan tersebut.

Kita sedang alami penjajahan moden?

Ada yang mendakwa, pihaknya mahu menuntut hak sama rata pendidikan dan kerakyatan penuh di Malaysia buat kesemua pelarian Rohingya yang berada di negara ini yang membuatkan rata-rata rakyat kita mula berasa kurang senang.


Perjuangkan hak Rohingya

Malah, turut tular beberapa dokumen daripada pihak Myammar Ethnic Rohingya Humans Rights Organization Malaysia (MERHROM) mengenai hak Rohingya yang diperjuangkan.


Berpusu2 pulak nak masuk Malaysia tengah Covid-19 ni

Sementara itu pula, semalam Harian Metro ada melaporkan terdapat tangkapan dua lelaki etnik Rohingya yang juga dalang kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar perairan utara negara ini.

Tangkapan dibuat melalui dua serbuan berasingan, pada 16 dan 18 April lalu dalam Op Dallal, difahamkan kedua-dua meraka adalah dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan warga asing yang aktif beroperasi di utara dan selatan Semenanjung.

Bayar RM 15,000 sorang tau nak masuk Malaysia

Antara info yang mengejutkan, etnik Rohingya ini didapati membayar tidak kurang daripada RM15,000 kepada ejen untuk urusan kemasukan ke negara ini.

Hantar mereka balik

Di media sosial ini ramai dalam kalangan rakyat kita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan etnik Rohingya disifatkan sebagai mengambil kesempatan terhadap kebaikkan yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.