eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Runner’ sanggup hantar makanan hari2, Risau ibu Frontliner di rumah tak berbuka

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman yang dilalui olehnya ketika menghantar makanan berbuka puasa ke sebuah rumah flat dua hari lalu.

Menurut Norehan Rahmat, terdapat caj penghantaran ditetapkan sekiranya ingin pesanan dihantar sampai ke tingkat atas sehingga mengundang rasa terkilan seorang pelanggan.

“Berkira sangat dengan orang tua..” – Pelanggan

Anaknya tinggal di Johor

Rupa-rupanya pelanggan terbabit melakukan pesanan makanan untuk ibunya yang tinggal seorang diri dimana sudah tidak larat untuk turun ke bawah bagi mencari juadah berbuka puasa.

Selepas mengetahui situasi sebenar, Norehan berkata dia sanggup menghantar makanan setiap hari demi kelangsungan hidup makcik tersebut.

“Sampai depan pintu, memang betul. Dalam rumah ada tongkat kaki tiga dan kerusi roda. Nasib baik makcik tu boleh jalan lagi. Alhamdulillah dia masih kuat lagi. Aku cuba siasat.. tanya semua,” katanya.

Anak ‘frontliner’ & ada yang kat luar negara

Tambah Norehan, beberapa hari selepas itu dia menerima mesej daripada anak makcik tersebut yang juga merupakan seorang ‘frontliner’ merawat pesakit Covid-19 yang mengucapkan terima kasih.


“Patutlah dia agak tertekan bila aku cakap runner tak boleh hantar sampai atas. Dia tertekan dengan masalah kerja, dalam masa yang sama rasa bimbang takut mak dia takde juadah berbuka,” ujarnya.

Sumber : Norehan Rahmat