eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sayu Seorang Ayah Negatif Covid-19, 2 Hari Tunggu Anak Tak Datang Jemput Akhirnya Meninggal Dunia



Perkongsian oleh seorang jururawat, Che Suriani Che Saufi di Facebook mengenai salah seorang pesakit suspek Covid-19 yang dirawatnya ternyata membuatkan ramai yang merasa hiba.

Difahamkan, pesakit tersebut, seorang warga emas lelaki, dibenarkan pulang setelah ujian swab yang dijalankan menunjukkan beliau negatif jangkitan.

Namun, anak-anak pesakit yang dihubungi memberikan pelbagai alasan untuk menjemput ayah mereka pulang sehinggalah warga emas itu menemui ajal seorang diri di hospital, dua hari kemudian.

Lebih meruntun hati, kata Suriani, arwah hari-hari bertanya sama ada terdapat panggilan daripada anak-anaknya. Sebaknya hati!


Patient sepatutnya discharge dua hari lalu meninggal dunia
Something bad to share today..

Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.

Call anak, bini jawab suami tengah terawih
Call relative (anak lelaki), cakap tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja.

Call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.

Doktor terpaksa ugut nak report polis sehingga patient menemui ajal
Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tapi still tak ada feedback.. So terpaksa tunggu plan doctor. Sekali petang, ajal patient tiba.. 

So bila kita call relative beritahu ayah diorang dah tak ada, tiba-tiba tiga orang anak boleh je datang serentak cepat-cepat..

Arwah hari-hari tanya anak..
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tak ada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak diorang ada call ke tak..

Come on Malaysian… Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan..

Ketika dihubungi, Suriani berkata, kisah yang dikongsikan ini tiada niat lain, hanya sekadar untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri dan orang lain.

Kami doakan moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan terima kasih diucapkan kepada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah, membantu negara memerangi wabak Covid-19.