Seorang isteri meluahkan rasa risau setelah suaminya tekad pulang dari KL ke Kelantan dengan hanya berjalan kaki.
Sebulan dah tak keje
Menerusi hantaran di Facebook, Sara Anisa, suaminya difahamkan telah hampir sebulan tidak bekerja, malah suaminya terpaksa keluar dari rumah sewa berikutan sudah tiada wang lagi untuk meneruskan kehidupan di KL.
Jalan sampai kasut rosak
Menerusi perkongsian di Facebook suaminya, dengan nama akaun Matnoe Poksu Din, memaklumkan dia kini sudah berjalan hingga Perak, sehingga kasut yang dipakai sudah mula rosak.
Dua hari lagi sampai la
Dia terpaksa berhenti sebentar di Mydin Amanjaya, untuk berehat sebelum memulakan semula perjalanan untuk pulang ke kampung, mengikut jangkaan masa dalam dua hari untuk sampai ke Kelantan.
Tolonglah sahabat semua
Dalam pada itu, seorang kenalan meminta jika ada orang yang terserempak dengan lelaki ini, sudilah menghulurkan bantuan atau boleh menghubungi terus menerusi nombor telefon diberikan.
Sumber : Sara Anisa & Matnoe Poksu Din