eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sehari Selepas Dibantu Sebab Kelaparan ‘Uncle’ ini Meninggal Dunia

Perkongsian oleh seorang individu di Facebook, Che Amierus Shafiq mengenai seorang warga emas yang ditemuinya dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, ketika dia dalam perjalanan ketempat kerja pada Isnin (13 April 2020).

Lelaki berbangsa Cina yang digelar sebagai ‘Uncle’ itu memberitahu bahawa dia lapar dan tidak dapat berjalan kerana baru terjatuh.

Tambah Amierus, melihat keadaan Uncle yang seakan tidak makan beberapa hari, dia bergegas ke kedai berhampiran bagi membeli roti dan air sebelum singgah ke pondok polis berdekatan.

Pasukan polis yang tiba kemudiannya membantu membawa Uncle tersebut pulang ke kediamannya di tepi jalan Kuala Kechau, Kuala Lipis dan membekalkan mangsa dengan makanan.

Difahamkan, mangsa yang bujang dan tingal bersendirian akan dirujuk kepada pihak yang berwajib namun hasrat itu tidak kesampaian apabila keesokkan harinya Uncle tersebut didapati telah meninggal dunia.

Jelas Amierus, dia telah pergi ke rumah Uncle berkenaan seorang diri pada Selasa bagi membantu mengemaskan persekitaran rumah warga emas itu sebelum menyedari kejadian tersebut.



”Pukul 7 pagi saya pergi potong rumput sorang-sorang, saya ada ketuk pintu tapi uncle tu tak sahut panggilan saya..

”Saya ingat uncle tu tidur.. saya siapkan lah kerja saya dan balik umah, sedar-sedar uncle tu dah tak ada bila tok penghulu datang nak bagi bantuan sekitar jam 10 pagi,” katanya ketika dihubungi.