eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selamat hari lahir ke-71 tahun buat isteri PM, Puan Sri Noorainee!



Seperti sedia maklum, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-57 tahun pada hari ini.

Namun beliau tidak keseorangan, sebaliknya isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut mempunyai tarikh lahir yang sama.

Menerusi laman Facebook, sebuah posting gambar pasangan tersebut dimuat naik bagi memberi dedikasi istimewa sempena hari jadi Noorainee yang ke-71 tahun.

Selamat Hari Lahir!

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan dengan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin,” tulis Hasrol Hashim.

Posting berkenaan menerima lebih 5,000 tanda suka serta dihujani pelbagai komen netizen yang rata-rata turut mengambil kesempatan memberi ucapan kepada beliau.