Status Pelarian Rohingya Malaysia Tidak Iktiraf - Keli Merah -->
Kuala Lumpur: Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya walaupun mereka memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sebaliknya kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

”Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” katanya menerusi kenyataan berkenaan status pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Menurutnya, sehingga Mac 2020 terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.

Sementara itu, Hamzah berkata berdasarkan hasil semakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)  tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

Justeru, katanya, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

”Oleh demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata KDN melalui jabatan dan agensinya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hamzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya dan empat kertas siasatan telah dibuka.

Selain itu, dua tekong warganegara Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk PATI yang memegang kad UNHCR ke dalam negara, katanya.

Merujuk tindakan pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan bot yang membawa etnik Rohingya memasuki kawasan perairan negara pada 17 April lalu, beliau menegaskan langkah itu adalah berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia telah mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari kawasan perairan negara.

Hamzah berkata tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

”KDN ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara,” katanya, menambah PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan supaya terus menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini.

Sumber: Bernama

Status Pelarian Rohingya Malaysia Tidak Iktiraf

Load Comments

Notifications

Disqus Logo