Telur RM1 Sebiji, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas - Keli Merah -->
IPOH, 10 April — Seorang peniaga di sini berdepan tindakan tegas gara-gara menjual telur pada harga RM1 sebiji di premis perniagaannya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Perniagaan (PKP).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara tersebut pagi semalam, sebelum sepasukan lima pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Meru itu, pada hari yang sama.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati premis yang menjual pelbagai keperluan harian termasuk telur ayam telah meletakkan tanda harga dengan jelas pada barangan jualan.

“Harga jualan telur ayam yang dipamerkan adalah RM1 sebiji tanpa dinyatakan gred telur tersebut dan ketika pemeriksaan hanya terdapat empat papan telur ayam dengan jumlah 114 biji dipamerkan untuk jualan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Saifullizan berkata pihaknya telah mengeluarkan satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit agar memberikan maklumat mengenai harga jualan telur di premisnya sebelum 16 April ini dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.

Selain itu, Saifullizan berkata peniaga berkenaan juga boleh disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi gambaran mengelirukan disebabkan gred telur yang dijual pada harga RM1 sebiji tidak dinyatakan.

Beliau memberi amaran tindakan tegas menanti peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah sepanjang PKP dan turut menasihati orang ramai agar melaporkan sebarang kenaikan harga serta isu bekalan kepada pihaknya.

Sumber: BERNAMA

Telur RM1 Sebiji, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Load Comments

Notifications

Disqus Logo