eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tengku Emma diburu netizen , Akibat Gesa Malaysia benarkan pelarian Rohingya masuk

Baru-baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia, namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Duta TERC ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi dalam satu kenyataan media, menegaskan tindakan Malaysia untuk tidak menerima pendatang Rohingya yang baru tiba, adalah membahayakan nyawa mereka.

“Sepatutnya Malaysia perlu menerima pelarian Rohingya secara terbuka dan menempatkan mereka di satu pusat kuarantin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan…”

Malah tambahnya, undang-undang antarabangsa mewajibkan mana-mana negara untuk melindungi pelarian yang mendarat di tempat mereka.

“Namun, kami tetap merayu agar kerajaan Malaysia untuk berlembut hati (membenarkan Rohingya mendarat) atas dasar kemanusian terhadap puak minoriti yang paling ditindas dalam dunia…”

Kami rakyat Malaysia tak mahu dah

Walau bagaimana pun, perjuangan hak etnik Rohingya yang dipertahan Tengku Emma mendapat kecaman ramai, apabila ramai rakyat Malaysia mula kurang senang dengan kelantangan wakil etnik itu yang sudah berani meminta hak sama rata.








Sumber : Malay Mail, Air Times & Facebook