Apa yang lebih mengujakan dari mendengar anak menyebut papa atau mama adalah apabila mereka berjaya menyebut nama penuh ibu bapa.
Memori seperti itu tentunya dapat membuat sesiapa sahaja terharu dan bangga, seperti yang dapat dilihat dalam video IG Story Dato Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Tokti pun terkejut Aafiyah pandai sebut nama dia "Dato' Siti Nurhaliza" 😂😂😂 Comel gila ok— Alania Ramadhani Al Suhoor (@IniAlannn) April 21, 2020
pic.twitter.com/BRrFgeQHFy
Klip video TokTi yang tular di Twitter memperlihatkan penyanyi ikonik negara itu mendukung puteri sulungnya Siti Aafiyah. Aafiyah kemudian mula bercakap kepada kamera meminta penonton untuk mendapatkan tudung ibunya.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila Aafiyah menyebut nama penuh TokTi, ‘Dato Siti Nurhaliza’ membuatkan hati penonton menjerit awww sementara ibunya sendiri menahan ketawa.
Pada kapsyen di video tersebut, TokTi meluahkan rasa terkejut mendengar Aafiyah menyebut nama penuhnya. Gelagat anak beranak itu membuat rata-rata netizen cair dan terharu.
sebut nama mak tak pelat…”
Sumber: Twitter