eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tidak Ingin Diganggu, Bapa Sellotape Anak Di Lantai

Seorang bapa dari Thailand ini mungkin telah hilang sabar dengan anak kecilnya sehingga dia bertindak melekatkan kanak-kanak perempuan itu ke lantai menggunakan pelekat Sellotape.

Ibu kanak-kanak itu berkongsikan beberapa gambar di Facebook di mana anak kecilnya itu kelihatan terbaring di atas lantai dengan wajah tidak bersalah dan bantal di kepalanya.

Bersama gambar yang dikongsikan, si ibu berkata dia sedang memasak manakala suaminya sedang bekerja, dan anaknya pula terbaring di atas lantai.

Hanya menggunakan 4 pelekat, gadis kecil berusia sekitar 2 atau 3 tahun itu berjaya dipaksa untuk duduk diam. Di belakang kanak-kanak itu kelihatan bapanya sedang bekerja menggunakan laptop.

Sebuah kerusi dilihat dalam keadaan terbalik dan barang permainan kanak-kanak itu bersepah di atas lantai menggambarkan kenakalan kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun, budak perempuan tersebut kelihatan tenang dan tidak kisah, di mana jika kanak-kanak lain mungkin mereka akan menangis kerana ingin dilepaskan.

Sumber:sinchew