eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tokti Mengaji Guna Tongkat Sakti Hermione Granger Buat Ramai Terhibur

Dalam bulan Ramadan ini, semua orang pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk beribadah bagi mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

Membaca al Quran adalah salah satu ibadah yang ditekankan dalam bulan Ramadan kerana pada bulan inilah kitab itu diturunkan kepada nabi kita.

Kini membaca al Quran menjadi lebih mudah kerana terdapat banyak aplikasi online yang boleh kita gunakan pada bila-bila masa di mana sahaja.

Walau bagaimanapun Quran fizikal masih menjadi pilihan ramai kerana lebih jelas untuk dibaca dengan menggunakan kayu penunjuk.

Seperti baru-baru ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah mencuri perhatian ramai peminat Harry Potter apabila penyanyi itu menggunakan tongkat sakti dari filem fantasi itu ketika mengaji.




Dalam posting yang dimuat naik ke Instastory ikon lagenda itu, TokTi meletakkan replika tongkat sakti milik Hermione Granger di atas naskhah al Qurannya, mengundang pelbagai komen menarik.

“Tokti Potterheads?”



“See my level…”



Manusia biasa dengan bakat yang besar…”


 Sumber: Twitter