eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Trailer Train To Busan 2 Peninsula, Lebih Mendebarkan!

Setelah empat tahun akhirnya filem ini bakal mengeluarkan sekuel kedua dengan judul Trailer Train To Busan 2 Peninsula. Jika dilihatkan pada Train To Busan yang pertama, ramai tertarik dengan jalan ceritanya yang agak berbeza dari filem berkonsepkan zombi lain.

Malah ia turut diselitkan dengan pelbagai nilai kehidupan seperti pentingkan diri, sanggup berkorban demi tersayang dan sebagainya.

Filem sekuel kedua ini masih mengekalkan genre thriller, aksi dan horror. Menurut sumber, beberapa pelakon terkenal akan membintangi filem Peninsula ini iaitu Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Kwon Hae Hyo, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re dan Lee Ye Won.

Jika sebelum ini poster Peninsula yang tersebar dapat dilihat keadaan menjadi sangat huru-hara dan masih ada mangsa yang terselamat. Terbaru menerusi trailer rasmi filem ini, kelihatan beberapa orang yang masih selamat cuba untuk survive biarpun setelah 4 tahun kejadian serangan zombi ini berlaku.

Diberi tajuk Peninsula kerana filem ini tiada sebarang babak di dalam keretapi seperti yang pertama. Malah jalan ceritanya juga berbeza dimana sekumpulan manusia yang tinggal cuba untuk menyelamatkan diri dan keluar dari kawasan tersebut.

Berikut adalah Official trailer Train To Busan 2 Peninsula:

Sumber: Youtube One Media