eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: 122 Pesakit COVID-19 Sembuh & Discaj, Jumlah Sembuh Paling Tinggi Setakat Ini

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdulllah pada hari ini mengumumkan bahawa seramai 122 kes dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari wad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih adalah 767 kes atau 24.6% daripada jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini, 2 April 2020. Apa yang kita boleh lihat, jumlah pesakit yang sembuh terus meningkat hari ke hari.

Untuk pengetahuan anda, jumlah kes keseluruhan sehingga setakat ini adalah seramai 3,116 kes dengan tambahan sebanyak 5 kematian yang dilaporkan pada hari ini.


SUMBER :KMM