UPDATE TERKINI: 31 Kes Baharu Hari Ini, Paling Rendah Sejak PKP Dilaksanakan Dan 1 Kematian Dilaporkan - Keli Merah
Sebanyak 31 kes baharu Covid-19 dilapor setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negara ini sebanyak 5851 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 28 April 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 31 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan satu kes kematian baru  dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 100 orang atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Kes kematian ke-100 (kes ke-3628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Mangsa telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber:KKM

UPDATE TERKINI: 31 Kes Baharu Hari Ini, Paling Rendah Sejak PKP Dilaksanakan Dan 1 Kematian Dilaporkan

Load Comments

Notifications

Disqus Logo