eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: 57 Kes Baharu Hari Ini Dan Dua Pertambahan Kes Kematian Direkodkan

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 30 April 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 57 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6002.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 14 kes memerlukan bantuan pernafasan

KKM juga mengenalpasti bahawa daripada 57 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 25 kes adalah kes import.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua kes kematian baru  dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 102 orang atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.


Maklumat Kes Kematian

Kes kematian ke-101 (kes ke-4657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah. Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster PUI Bali (iaitu kes ke-4476). Mangsa telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 29 April 2020.

Kes kematian ke-102 (kes ke-5282) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Mangsa telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa.