eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: Pertambahan 153 Kes Baru, Keseluruhan 4,683 Kes


Sebanyak 153 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 4,683 kes setakat Ahad (12 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, 66 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 37 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.




SUMBER:KKM