eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: Pertambahan 170 Kes Baru,Dan 5 Kematian Dicatatkan

Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa terdapat lima kes kematian baharu disebabkan oleh Covid-19 dicatatkan pada hari ini.

Pertambahan kes kematian tersebut menjadikan keseluruhan 82 kematian atau 1.64% setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 170 kes baharu yang dilaporkan melalui sidang media harian Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka yang dicatatkan pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 4,987 kes.

Daripada jumlah keseluruhan itu, terdapat 60 kes yang dirawat di unit rawatan rapi termasuk 33 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.






Sumber:KKM