eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi Korban Terbaru COVID-19

KKM mengesahkan 1 lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, menjadikan total kematian di Malaysia akibat virus itu sebanyak 62 kes.

Kematian ini melibatkan pesakit kes 3,663 merupakan warganegara Malaysia berumur 67 tahun. Pesakit tersebut dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 iaitu dari himpunan Sri Petaling iaitu kes 1,265, kes 1266, kes 1267, kes 1404 dan kes 2,549.

“Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nurzahirah, Terengganu pada 19 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 5 April 2020 pada jam 10.22 pagi,” katanya.



SUMBER:KKM