eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI:142 Kes Baru COVID-19, Jumlah Keseluruhan 2,908 Kes



Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa terdapat 142 kes baharu setakat pada hari ini, 1 April 2020.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 ialah meningkat kepada 2,908 kes. Dukacita dimaklumkan oleh pihak KKM iaitu hari ini, terdapat dua kematian kes baru dan ia menjadikan jumlah kematian di negara kita adalah 45 kes.

Seramai 102 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut terdapat 66 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber:KMM