eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Gadis Menangis Mohon Bantuan Dapatkan Pak Cik Ini “Bayangkan Ini Ayah Kita..”

Satu perkongsian daripada Nazira Sanudin mengundang sebak dalam kalangan masyarakat apabila beliau berkongsi rezeki dengan seorang lelaki warga emas lebih kurang seusia dengan ayah kita di kampung. Pakcik ini dikatakan tiada tempat tinggal dan berlindung di bawah kaki lima bangunan kedai dan sudah pasti kudrat pakcik ini sudah lemah. Tambah-tambah lagi dalam keadaan di mana negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

Bayangkan kalau ini ayah kita, duduk tepi jalan mesti korang sebak dan sedih…
Assalammualaikum semua , Eyra baru jer lepas jumpa pak cik Ahmad tadi, Ya Allah sebak sangat tengok pakcik nie, Eyra beri seikhlas hati Eyra beli makanan pada pakcik nie, korang semua tengoklah disaat kita dalam keadaan macam nie ada yang tak makan langsung, tahan kelaparan, Eyra tak nak minta banyak pada kawan-kawan, Eyra hanya minta tolong viralkan share bantu pakcik nie untuk mendapat tempat perlindungaan.

Kesian pakcik, dia berhak mendapat tempat perlindungan tolong jangan abaikan sesama manusia, ingatlah Allah lebih suka kita permudahkan urusan orang lain. InshaaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat, kita bantu sama kita, Aamiin.

Jika anda menonton video ini, pasti akan ada terdetik perasaan sebak dalam hati korang.

“Saya mengucap terima kasih dan bersyukur sangat kepada saudari ni kerana menolong saya, saya ni kotor dan tak berguna”

Inilah ungkapan yang rata-rata membuatkan hati kecil ini menangis. Katanya lagi dalam video ini dengan suara yang bergetar, ‘pakcik’ ini tidak menyangka ada juga yang datang menolong dan ambil berat tentangnya.


Sumber: Nazira Sanudin