eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) “Kita Masih Dalam Perjuangan, Belum Menang Dan Belum Kalah”- KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan kita menentang COVID-19 masih belum tamat.

“Jika kita lihat graf setakat ini, kita masih dalam perjuangan, tapi perjuangan kita belum selesai. Tetapi kita belum menang dan kita belum kalah.

“Apa perlu kita laksanakan ialah memantapkan tindakan kita, tindakan kesihatan awam dan mantapkan perkhidmatan kita di hospital untuk pesakit COVID-19,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa sedang memerhatikan data dan statistik setakat ini bagi menentukan gambaran penularan wabak di Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Kalau kita lihat ramalan JP Morgan, WHO dan Malaysian Institute of Economic Research mengatakan dalam tempoh seminggu lagi, kita akan mendapat kes mendadak,” ujar beliau.
Tambahnya, sebelum ini Kementerian Kesihatan menggunakan kaedah kumulatif dan mengelaskan kes mengikut negeri atau daerah masing-masing.


“Sebelum ini kita menggunakan kaedah kumulatif beerti dari kes pertama hingga sekarang, kita masukkan dalam negeri atau daerah masing-masing.

“Jadi kalau kita guna kaedah kumulatif, semua akan jadi merah pada satu masa. Apa kita laksanakan, kita ambil tempoh dua minggu, jika dua minggu tiada kes di negeri, daerah atau mukim, mungkin kita akan dapat satu gambaran lebih tepat sama ada hijau atau merah.

“Persoalan sama ada kita perlu kelonggaran dalam melaksanakan PKP. Kini kita sedang melihat data-data kita, bukan hanya kita rekodkan kes-kes pada peringkat negeri, tapi peringkat daerah dan mukim. Kita kenalpasti tempat-tempat hijau, jingga dan merah.

Ujarnya, KKM akan bermesyuarat pada petang ini bagi menentukan gambaran dalam tempoh seminggu atau dua minggu serta menasihatkan kerajaan untuk tindakan wajar selanjutnya.


SUMBER:KKM