eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Nasihat KP Kesihatan, Cuba Elakkan Kontak Rapat Dengan Haiwan

Gambar Hiasan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan kontak rapat dengan haiwan.

Dalam sidang media KKM sebentar tadi, seorang wartawan telah bertanya pendapat beliau mengenai tindakan boleh diambil pemilik haiwan setelah terdapat laporan kes melibatkan haiwan.

“Virus adalah secara asasnya adalah protein. Koronavirus biasanya ditemui dalam haiwan. Terdapat tujuh daripada koronavirus yang memberi kesan kepada manusia antaranya SARS, MERSCoV dan kini COVID-19,” kata beliau.

“Apa yang penting adalah, secara asasnya kami mengingatkan orang ramai agar cuba mengelakkan kontak rapat dengan haiwan.

“Kerana ada kemungkinan jika kita ada kontak rapat dengan haiwan, jika haiwan itu dijangkiti virus, virus itu boleh menjangkiti manusia, contohnya koronavirus.

“Itu langkah yang perlu kita ambil kira. Kita perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk melindungi kita dan menjaga kebersihan diri. Kalau tidak, kita juga boleh menjadi mangsa,” katanya.

Tambahnya, jika pemilik haiwan itu sendiri positif COVID-19, mereka dinasihatkan agar membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Video penjelasan bermula minit 41.




 Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia