(Video) TERKINI: KKM Sahkan Kluster Baru COVID-19, Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia - Keli Merah
Putrajaya, 19 April- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kluster baru COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

“Sebuah kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa di mana kes positif dikesan melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

“Kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, salah satu zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya.

Tambahnya lagi, dari jumlah itu, 34 orang dikuarantin di Melaka dan sembilan orang di Kuala Lumpur.

”Ini menunjukkan langkah kuarantin dan saringan ke atas semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan untuk memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Menurutnya lagi, sebanyak 65 kes positif dicatatkan melibatkan mereka yang pulang dari luar negara iaitu tambahan dari 17 kes semalam, 43 dari Jawa Timur, 3 kes Acheh, 1 kes daripada Turki dan 1 kes daripada Kalimantan.

SUMBER:KKM

(Video) TERKINI: KKM Sahkan Kluster Baru COVID-19, Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

Load Comments

Notifications

Disqus Logo