eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Esok 1 Ramadan 1441 Hijrah

Rakyat Malaysia yang beragama Islam di negara ini akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan pada esok, Jumaat bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah ( 24 April 2020).

Pengumuman yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dalam siaran televisyen tempatan.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah seperti yang dijanjikan Allah SWT. Walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kedatangannya masih dirasai oleh semua umat.