eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) UPDATE TERKINI: 54 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Lebih Rendah Berbanding Semalam

Putrajaya, 18 April- Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 54 kes baru dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,305 kes. Angka ini adalah lebih rendah berbanding semalam yang mencatatkan sebanyak 69 kes.

“Sehingga 18 April 2020, 12 tengah hari, terdapat 54 kes baru dilaporkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,305 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,115 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” katanya.



SUMBER:KKM