eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Vivy Yusof Mohon Maaf ”Saya Tak Pernah Pandang Rendah…”


Setelah beberapa hari lalu isu ini berlegar dan menjadi antara pencetus netizen sehinggakan ada yang mula membuat petisyen untuk Vivy meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah di UiTM.

Walaupun begitu sebentar tadi Vivy Yusof akhirnya bersuara mengenai isu yang mengaitkan dirinya itu. Menerusi video yang dikongsikannya melalui laman Instagram milik usahawan ini sendiri, dia mengakui berdiam diri beberapa hari ini dari media sosial untuk merefleksi diri.
Menerusi perkongsiannya itu, Vivy Yusof memperjelaskan niatnya mengenai isu yang melandanya itu.  Vivy Yusof mohon maaf kepada semua. Malah dia turut mengakui sebagai public figure dirinya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ia menjadi satu pengajaran.
“Saya tak pernah pandang rendah pada B40, kalau saya pandang rendah memang saya taklah bagi bantuan,” Vivy Yusof

Selain itu Vivy Yusof turut menegaskan satu poster yang diedit meletakkan foto dan ayat yang dikatakan olehnya adalah tidak benar. Malah ia menjadi lebih melampau apabila petisyen yang dibuat untuk menurunkan dirinya dari lembaga pengarah Uitm dengan menggunakan poster palsu itu.