eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Zizan ‘Dituduh’ Jadi DJ Parti Liar

Zizan Razak menulis di Instagram bahawa ada yang menunduhnya menyertai sebuah parti liar sebagai seorang DJ.

“Jubake betol ade orang tuduh aku jadi dj parti liar…”

Dia turut memuatnaik video sedang beraksi seperti DJ di dapur menggunakan dapur gas dan penyedut asap dapur sebagai DJ mixer, secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.



Namun apa yang lebih menggelikan hati adalah apabila netizen sedar lelaki yang menjadi DJ di dalam video tersebut bukanlah Zizan sendiri tetapi sebenarnya lelaki lain yang mempunyai iras wajah pelawak itu. “Abang ni pun asal muka macam aku..!!! Perangai tu elok la sikit..!!!!” Video yang telah meraih lebih 700 ribu views itu membuat rata-rata netizen berdekah dengan kata-katanya, malah rakan-rakan artis turut sama meninggalkan komen lucu untuk pelakon itu.



Sumber:ZizanRazak