eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Doakan Ustaz Ismail Kamus di ICU,Tekanan darah rendah & jantung lemah

Seorang pengguna Facebook berkongsi perkhabaran daripada pihak Darussalam mengenai pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Luqman Daud, pendakwah berusia 71 tahun itu sedang menerima rawatan sejak 26 April lalu akibat tekanan darah rendah dan jantung dalam keadaan lemah.


“Mendapat perkhabaran dari pihak Perubatan Darussalam bahawa Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus sekarang berada di wad ICU, HKL sejak 26 April, tekanan darah rendah dan jantung pun lemah,” tulisnya.

Tambah Luqman, beliau menyeru orang ramai mendoakan kesihatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu supaya sembuh dan dapat menyampaikan ilmu kepada umat Islam.

“Sama2 kita doakan Tuan Guru sihat seperti sediakala serta dapat berbakti kepada ummah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa kita sempena Ramadan yang penuh barakah ini. Amin Ya Rabb,” katanya.


Sumber : Facebook