eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Cinta Itu Fairy Tale Lakonan Eyka Farhana, Afifah Nasir

Drama terbaharu Iflix, Cinta Itu Fairy Tale arahan Tam Suhaimi menyatukan pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Eyka Farhana, Afifah Nasir, Harris Baba, dan Ikhsan Saleh dalam sebuah kisah cinta millennial. Drama komedi romantik 'Cinta Itu Fairy Tale' ditayangkan secara eksklusif dan percuma bermula 21 Mei di iflix.com. 

JUDUL : CINTA ITU FAIRY TALE
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 21 Mei 2020
PENGARAH : Tam Suhaimi
PRODUKSI : Imaginal Pictures
PELAKON : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq

WATAK PELAKON
Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
Afifah Nasir sebagai Niesa
Harris Baba sebgai Zach
Ikhsan Saleh sebgai Adam
Nelissa Nizam sebagai Mia 

SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE

Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya.

Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.