eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Saya Abu Syafiq akan jadi orang pertama sokong Jakel…”

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai satu kenyataan menyentuh sensitiviti orang Melayu, yang dibuat oleh adik kepada adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia itu, Muzaffar Jakel.

Berikutan daripada itu, terguris dengan kenyataan tersebut ramai dalam kalangan netizen melancarkan boikot, agar tidak membeli kain di gedung Jakel.

Isu tersebut mendapat perhatian pendakwah, Ustaz Abu Syafiq, yang menyatakan sokongan beliau terhadap perniagaan gedung tekstil Jakel.

Ustaz Abu sokong Jakel

Jelasnya, menerusi muat naik video di IG, apa yang berlaku kepada Jakel adalah perkara yang sama berlaku kepadanya, apabila terdapat beberapa pihak yang cuba untuk melaga-lagakan, sehingga mengundang fitnah.

“Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam…”



Nak beli kain di Jakel bantu golongan susah
Menurutnya, segala yang berlaku ini adalah fitnah di bulan Ramadan. Justeru, pendakwah itu menyatakan bahawa dia tetap akan menyokong dan membeli di Jakel.

“Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel. Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memelukan…”