eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sugu Pavithra YouTuber di Meletop Curi Tumpuan Ramai 'Siap Masak Rendag Ayam Untuk Nabil Lagi'

Sejak kebelakangan ini, nama seorang YouTuber menjadi buah mulut ramai namun begitu sebenarnya dia sangat dikenali warganet yang berjaya mencuri hati mereka. Seperti yang diketahui, YouTuber yang dikenali sebagai Sugu Pavithra ini memiliki saluran YouTube miliknya dengan menggunakan nama Sugu Pavithra.

Oleh kerana, kefasihan dia berkomunikasi dalam bahasa Melayu ketika berkongsi resepi dan melakukan tutorial masakan membuatkan dia semakin disukai ramai.

Malah, kisahnya juga menjadi tular di laman sosial dan sehingga kini di saluran YouTube Sugu Pavithra mempunyai 563 ribu subscribers. Bukan hanya itu, netizen juga kagum dengan sikap penyayang suaminya selain tidak kekok membantu Sugu Pavithra di dapur.


Walau bagaimanapun, tidak mustahillah sebab dia disukai warganet dengan memiliki saluran YouTube masakan berpengaruh kini, ini kerana sikapnya menerusi perkongsian di YouTube Meletop juga membuatkan netizen meninggalkan kata-kata pujian buatnya.

Pada malam tadi, ternyata orang ramai dapat melihat Sugu Pavithra di rancangan Meletop dan dia sempat juga memasak rendang ayam dan melakukan toturial resepi berkenaan untuk Nabil Ahmad dan Nora Danish.




Sumber:yotubemeletop